nasyeed.com

Diskusi @ Nasyeed . COM

Skip to content

Ucapan terima kasih daripada Farhan kepada Bro. Aziz

http://masaar.nasyeed.com

Moderators: aziz_masaar, hamzah_masaar

Ucapan terima kasih daripada Farhan kepada Bro. Aziz

Postby Adi_Farhan on Thu Aug 21, 2008 1:57 am

Salam Bro Aziz,

Saya Adi selaku wakil kumpulan Farhan ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada abg atas review yang abg berikan sepanjang tempoh Akademi nasyid berlangsung terutamanya kepada kumpulan Farhan.

Alhamdulillah, kami ikuti komen abg semenjak dari minggu pertama lagi dan komen itu memberi impak positif kepada kami sepanjang kami bertahan di akademi nasyid. Kami akan perbaiki segala kelemahan dan berusaha memartabatkan industri nasyid tanahair. Jika ada kesempatan, insya allah kita boleh berjumpa secara pertemuan 8 mata dengan abg. :)

Kepada peminat kami dan peminat peserta2 finalis Akademi Nasyid, teruskan menonton TV9 setiap malam sabtu dan undilah peserta yang terbaik yang mampu menggalas tanggungjawab dan amanah Allah selaku juara Akademi Nasyid nanti.

Terima kasih, jika ada kelapangan lawati blog kami di http://halamanfarhan.blogspot.com
Adi_Farhan
 
Posts: 4
Joined: Tue Aug 19, 2008 2:52 am

Re: Ucapan terima kasih daripada Farhan kepada Bro. Aziz

Postby aziz_masaar on Thu Sep 04, 2008 12:39 pm

Assalamualaikum Adi dr kump Farhan (dan juga ahli2 Farhan yg lain)..

Terima kasih kerana baca apa yg saya tulis... Itulah objektif tulisan ini, utk memangkin peningkatan dan seterusnya kejayaan...

Sebenarnya secara tulus ikhlas saya nak beritau di sini bahawa saya x pernah mengenali mana2 peserta dan tak minat pada sesiapa pun di awal rancangan... Dan perkara ini saya maintain sehingga abes pertandingan... Dgn maintain objectivity, saya dpt nilai setiap peserta berdasarkan setiap persembahan dan effort yg mereka ketengahkan... Saya langsung tidak "favour" mana2 peserta... So saya dpt lihat siapa yg meningkat, maintain aje atau menurun...

Bagi saya, kump Farhan saya nampak adalah yg terkehadapan dlm kategori berkumpulan... Kerana apa? Kerana pertamanya ade peningkatan secara berkumpulan dlm setiap episod, dan keduanya kerana "feel" yg dilemparkan teramatlah tinggi, dan ketiganya vokal anda secara berkumpulan dan individu amat padu in all its senses... Kumpulan lain, bg saya average je... Sebagian turun-naik turun-naik tangga berminggu-minggu, dan ada yg maintain aje (di takuk lama - tiada perubahan siginifikan)...

Terus terang saya katakan saya teramat kecewa dgn jumlah undian (penonton atau juri) di kala Farhan "dikesampingkan" drpd AN... Saya tatau apa kayu ukur yg org ramai pakai, adakah kayu ukur SUKA semata-mata... Itu hanya Allah yg mampun menjawab... Yg saya fikir, pengadilan AN ni semacam zaman rum dulu, di Colosseum (panggung org Rom), di mana penonton decide samada gladiator tertentu mati atau hidup, setelah sampai di penghujung perlawanan, dan bukannya pengadilan yg saksama.. Zalim ke tak camtu? U tell me...

Bagi saya Farhan adalah paling lengkap di antara keenam2 kumpulan... Yg lain, macam2 takde... D'Vision: takde personaliti performer, dan hanya penyanyi utama je yg berfungsi seoptima mungkin; Voice of Men: biase je, xde yg special, xde X factor; Muslim Voice: Kreatif tetapi x kuasai ilmu muzik utk arrange vocals, dan xde konsistensi; InHeart: Berani & kreatif, tp perkara utama yg perlu ada mereka asyik terlupa nak bawak; Sofieya: Totally mcm peserta pertandingan sek men, mcm Voice of Men, xde pape yg special;... Dan yg diorg semua x de tp Farhan ade pada setiap persembahan, ialah "feel" (walopun sesetengah show mcm kureng sikit, tp still ade)... Feel bila dah ada, x perlu nak tgk sudut teknikal lain dah, sebab semuanya dah secukup rasa (ibarat makanan lah, kalu semua perisa dah secukupnya, maka kita makan pun feel kan...)

Banyak pulak celoteh saya.. Anyways saya doakan Farhan terus maju di dlm dakwah seni nih... Nasyid ada peranannya di dlm dakwah, jadi pastikan anda dan persembahan anda berkualiti tinggi... Jangan dimartabatkan industri nasyid ini, kerana pertama engkau akan kecewa (aku pernah merasainya) dan kedua itu bukan kerja engkau... Dakwah lebih utama dr industri... Bila industri jatuh dakwah tetap kene berjalan, dgn cara lain pula...
User avatar
aziz_masaar
 
Posts: 213
Joined: Thu Jul 15, 2004 11:44 am


Return to Al:Masaar

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron