Assalamualaikum kepada semua peminat Assaufee.
Sekadar makluman tentang perkembangan terbaru kumpulan Assaufee.
Assaufee kini mempunyai seorang ahli baru. Beliau ialah Mohd Faizal b Sapri. Kelulusan Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (KISDAR) yang kini di kenali Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Assaufee kini juga sedang mengumpul material untuk penerbitan album yang seterusnya, yang dijangkakan akan diterbit dan dipasarkan pada tahun hadapan. Sehingga ketika ini, terdapat 3 buah lagu yang telah siap arrangment music, tetapi belum di buat rakaman suara.
Untuk mengetahui perkembangan-perkembangan terkini tentang assaufee, anda juga boleh meleyari http://www.assaufee.multiply.com.
Sekian, terima kasih. Ilalliqa'.